Thursday 17 March 2011

Alahai Kuda Kepang....





Wak Naim Marjani pengasas kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan

Bergambar bersama Wak Naim
n
Aksi mengupas kelapa guna mulut...dasyat kn??
Aksi Pak Awang salah seorang penari Kuda Kepang baring di atas kaca

Alhamdulillh..akhirnya berjaya gak aku dan ahli group menjalankan documentari mengenai Kumpulan Kuda Kepang Sinar Warisan di sg nibong yg diasaskan oleh Wak Naim Marjani yg  tlh 50thn berkecimpung dlm bdg ni. First of all, ni kre fist time aku tgk kuda kepang secara life (agak jakun gak la)..hehe...
Setiap langkah yang diatur dengan mantap mengikut alunan paluan gong, angklung dan jidur, umpama kuda hendak menerjah ke udara.
Ia meninggalkan kesan sehingga ada yang bertanya apakah benar penari kuda kepang boleh terbang??iskh3!!!...Itulah keistimewaan atau lebih tepat, keunikan tarian tradisional ini yang sejak sekian lama ditubuhkan.
Misteri yang menghiasi latar belakang tarian ini memang sukar untuk dirungkai apatah lagi apabila saya sendiri menyaksikan penarinya memakan kaca dan mengopek buah kelapa dengan maggunakan gigi..(perghh!!Dasyat dowg ni)..
malah yang "pelik tapi benar" mereka sedikit pn tdk mengalami luka atau pa pe kecederaan..(kre kebal la jgak dowg ni). 
“Tarian ini mempunyai semangat dalaman yang tinggi. Alunan rentak muziknya yang amat unik membuatkan penari kuda kepang ini terlalu asyik sehingga boleh membawa mereka ke suatu alam lain, penari kuda kepang yang sudah dikuasai semangat tarian itu akan berada dalam keadaan sawai.” cerita Wak Naim.
Mereka tidak akan merasai sebarang kesakitan apabila disebat dengan cemeti dan boleh memakan kaca. Dalam keadaan ini, gerakan tarian mereka juga menjadi semakin lincah dan kelihatan seolah-olah sudah bersatu dengan rentak muzik.  Selepas beberapa ketika, katanya, penari-penari ini akan “dipulihkan” oleh mereka yang arif dalam ilmu kebatinan.
Hurmm..betullah kata org "xknl maka x cinta", pas aku da lalui semua tu baru aku taw bahawasanya permainan kuda kepang ni best sbenarnya. Menarik dan mempunyai keunikkan yg tersendiri...trigin nk tgk lg dan lg.hehe..

Monday 14 March 2011

Cantiknya Seorang Wanita


'Wanita..
Hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah'


Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembut sekaligus menenangkan jiwa.

Betapa indahnya diciptakan sebagai seorang perempuan
Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang disemai dengan iman dan takwa.
Amalan menjadi wanita yang betul-betul cantik:
  1. Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  2. Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  3. Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  4. Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
  5. Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
  6. Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
  7. Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
  8. Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."